Wednesday, November 19, 2008

About Me


Nama : Munizah bt Hj Abd Mutalib
Umur : 28
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Putrajaya
Tarikh Lahir : 28 Ogos 1980
Tempat Lahir : Kota Tinggi, Johor



Hi dear..
Kawan-kawan boleh panggil saya Iza.
Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
Hero pertama Ameer Amani b. Mohd Najib berusia 2 tahun 9 bulan manakala hero ke dua Farish Amani b. Mohd Najib berusia 4 bulan. Nama suami Mohd Najib b. Hj Abd Rahim bekerja di Syarikat Oil and Gas, Kuala Lumpur.
Hidup didunia ibarat putaran roda ia sentiasa berpusing mengejar masa. Kalau diikutkan satu hari tu..cepat rasanya, tup...tup..tak sedar da tiba hari minggu.
Macam juga kehidupan saya seharian...siang saya bekerja malam belajar. Masuk opis 7.00 pagi balik 4.30 petang. Pukul 6.00 petang pergi kuliah. Masa untuk keluarga terhad kecuali hari minggu. Hari minggu pula susah rasanya nak lekat kat rumah..dok berjalan-jalan bawa anak-anak. Saya dan suami sememangnya suka travel..ikut hati nak pergi mana..
Bila ada keluarga memang seronok sangat...melayan kerenah anak-anak. Seronok tau bila lihat anak-anak membesar depan mata. Anak-anak dan suami la..pendorong untuk menyambung pengajian. Letih rasanya,...tapi kita bila dah hari-hari rutin macam tu dah tak ingat penat tu...kawan-kawan dekat UPM semua sporting and carring. Pejam celik, pejam celik..tup..tup dah semester ke lima rupanya.
Pada mulanya amat sukar untuk saya harungi semua dugaan yang saya alami..saya tetap tekad untuk teruskan perjuangan, cemburu juga bila tengok orang berjaya. Currently, saya terpaksa mengharungi tiga situasi yang amat penting iaitu pekerjaan, pelajaran dan keluarga.
Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan suami dan anak-anak yang begitu memahami karier saya. Keluarga yang bahagia membentuk jati diri yang sempurna.
Sebuah perkahwinan bukan menjadi penghalang untuk kita maju dalam apa saja yang perlu kita capai..malah ia adalah satu rahmat dari Allah S.W.T
Hargailah dan sayangilah keluarga anda semua...
Love baba, amer dan farish.....love so much!!

Sekadar renungan.....

"Pernikahan atau Perkahwinan..."
Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia? Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah.... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..! Untuk isteri.... renungkanlah. .... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia? Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara . Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin! Justeru itu wahai para suami dan isteri, Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

No comments: